The stars lean down to kiss you, I lie awake to miss you.
MiHee Nabilah C3 LaLa

No Ripping . No Spamming .
You Spam , You Got No Life .
My Blog , My World .
You Hate It , Leave .
View & Tagged Pleaseee !
Navigations are MiHee, Nabilah, C3, LaLa.

Sedih.. TT.TT

Thursday, September 19, 2013 4:53 AM

Aku selalu terfikir... Menjadi anak kedua ada baiknya dan buruknya. Tapi, apa yang membuatku sedih ialah bagaimana keluargaku 'melayanku' dalam rumah... Kadangkala aku merasakan bagaikan aku tidak penting langsung. Mereka selalu berkata akan aku yang keras kepala, degil, selalu buat muka masam, kurang ajar, sikit-sikit nak merajuk, suka ikut kata diri sendiri aja. Ya, banyak perkara buruk semuanya dilampiaskan kepadaku dan aku... berasakan tidak adil akan 'tuduhan' yang dilepaskan.

Aku pun selalu juga merasakan apa sahaja  perkara yang aku lakukan, tidak akan mereka bertanya. Contohnya kala aku ke luar negara mahupun ke camp bersama sekolah, saat aku pulang, tidak akan mereka tanya aku tentang apa yang berlaku disana, makan minum okey ke tidak, sihat ke tidak masa di sana... Terkilan dan hati ini amat terasa. Padahal apabila kakak dan adik pergi outing atau ke luar negara, sebaik sahaja pulang, berjuta-juta soalan keluar. Okey, dalam erti kata yang lain, aku cemburu kerana tidak merasa apa yang mereka dapat. Suka sangat pilih kasih. Aku benci!!!

Walaupun hakikatnya di luaran aku tampak keras kepala, selalu tak nak kalah atau mengalah, tetapi di dalam hati siapa yang tahu? Aku jadi begitu sebab apa yang telah mereka lakukan padaku.

Inilah hidup aku sebagai anak kedua.

Aku bukannya tidak bersyukur akan apa yang Allah telah berikan padaku. Aku bukannya menyalahkan takdir... Cuma, aku merasakan terkilan dan terasa sahaja.

Labels:

dasar perempuan kurang ajar!!!

Thursday, July 26, 2012 6:42 PM

memang suatu hari nanti aku akan meletup juga. memang perempuan tu nak kena dengan aku... aku dah bingit dan dah menyampah dengan dia. apa dia ingat dia tu bagus?? dahlah mulut tu besar, ketawa macam takde hari esok, suka lepas cakap, tak sedar yang apa dia cakap tu boleh lukakan hati orang. kutuk orang macam besok takleh nak kutuk....ARGGHHHHHHH!!!!!!! benci tahap gaban aku ddengan dia..... benci benci benci benci benci benci!!!!!!!!!!!!! ah persetankan si dia!!!! aku menitiskan air mataku disebabkan kelakuan dia... aku benci benci benci benci!!!!!! dasar perempuan murahan!!!

Labels:

mulut takde insurans menceceh aja...

Tuesday, July 24, 2012 6:34 PM

aku hari ini rasa macam nak mengamuk.. mulut dia tak beli insurans ke apa??? rasa macam nak cili kan mulut dia aja.. saja aja nak suruh orang mampus. orang tu tengah sakit tapi nak disuruh mampus... rasa marah dah sampai tahap kelapan.. tengah nak tunggu meletup aja!!!! aku kena sabar... tengah bulan puasa, aku tak boleh nak marah... tapi kalau perangai dia bertopengkan syaitan, aku macam nak tumbuk aja muka dia. ya allah, kau tabah kan lah hati hamba mu ini... aku tengah nak tunggu masa aja sebelum dia melepasi batasan. right when she really goes over the border, i won't be able to know what i'm going to do next. she is really too much!!!! doesn't she realise what is her limit to all this nonsense!!!! attention-seeker!!!! ggrrrrr........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Labels:

luahan hati

Friday, July 13, 2012 8:24 AM

argh!!! geram aku macam ni. cara diaorang cakap macam aku yan bersalah. ya, aku mengaku yang aku juga bersalah, tapi mereka seakan-akan meletakkan kesalahan mereka juga kepadaku. there is no other older post about the outing. natasha orang pertama yang membaca post itu. tapi cakap yang post itu tak tertulis waktu dan tempat perjumpaan. mustahil! mana mungkin tak disebut perkara itu. sungguhpun jikalau tiada, mereka sepatutnya continue checking for the post. apa gunanya ada facebook tapi tak digunakan sepenuhnya. nak diharapkan aku aja! mana aku tak geram! dah buat salah, tapi tak mahu minta maaf! orang tu pun satu, aku dah minta maaf pun masih nak continue ceramah dia. dia kata sendiri yang dia penat. jadi senyaplah mulut tu.pergh!! aku tadi rasa macam nak meletup aja!! syukur aku dapat tenangkan diriku semula!! adakalanya aku fed up gila dengan mereka semua! tapi taklah sampai aku nak lari dari rumah macam orang tu!! si dia pun satu, lebih berikan muka pada si dua beradik!!! dengan aku pula asyik nak berleter aja. taulah yang aku buat salah! tapi masa mereka buat kesalahan, tak pula panjang leterannnya? entahlah, aku pun penat nak cakap banyak... sekurangnya dapat catat di sini aku pun dah ok... luahan hatiku.....

Labels:

mixed stories

Sunday, May 13, 2012 8:47 PM

suka hati depa ah nak makan coklat ke tidak... perut depa, coklat kan serasi dengan aku... saat aku sakit pun makan coklat, dah okey dah sakit... mereka tak sedar, coklat pun ada kebaikannnya juga.... terutama sekali kalau makan coklat gelap... hrmmm.... sekali-sekala, aku pun boleh menyirap darah sebab nak tahan rasa 'sakit hati'. huh... aku kena mengaku, poly life memang berbeza dari sekolah menengah. banyak backstabbers...hurmm... dah lama pulak tak type personal novel aku... hehehe... oh ya, budak-budak kelas aku sebenarnya okey-okey... tapi kata-kata mereka kadang-kadang terlampau pedas.... masa aku mc kelmarin, ada apa-apa perkara yang berlaku kah? mungkin aku ketinggalan masa... tak mengapalah, yang penting aku belajar, belajar dan BELAJAR!!! tugas aku ialah untuk membawa keluargaku keluar dari kepincangan hidup... sesungguhnya ALLAH yang Maha Mengetahui... sudah tertulis dan termaktub dalam Lohmahfuz sebelum aku lahir lagi... ya ALLAH, kau lindungilah hatiku dari berlakunya dendam yang tersemat dalam hati... KAU jauhkanlah diriku dari bisikkan-bisikkan syaitan yang direjami. Amin Amin, ya Rabbi al-Amin.... syukur padamu ya ALLAH...

Labels:

rosak pagi aku

5:30 PM

pagi semua... aku baru baik dari sakit. doktor kata aku kena monitor kesihatan aku. aku tak boleh kena demam, sakit perut berterusan, cirit-birit dan muka kepucatan. ya... coklat makanan kegemaran aku. hanya coklat sahaja yang dapat mengembirakan aku... aku tak tahu kenapa orang mesti tegur aku hanya sebab aku makan coklat pagi-pagi... ya kau doakan kesihatan aku tapi mereka takkan melakukan apa-apa kerana aku yang mencari bala pada diri sendiri. itu yang si dia cakap... kadangkala aku rasa nak mengamuk dengan mulut celupar dia. jangan salahkan sesiapa yang mengutuk dia kerana dia yang menurunkan bala pada diri sendiri... dia tak tahu, tapi aku dengar apa yang dia katakan pada diriku... apa??? kutuk rambut aku? huh!!! macamlah rambut dia lebih cantik dari aku... oi minah, jangan bemimpi sianglah... memang patut pun ada orang kutuk kau hari itu... bodoh. padan muka! air yang tenang jangan disangka tiada buaya... aku takkan berdiam diri jikalau kau masih mengutuk aku... m.e.n.y.a.m.p.a.h.

Labels: ,

hmmm tak tahan lagi!!

Wednesday, March 30, 2011 6:42 PM

okeyy... pada mulanya aku sendiri tak tahu kenapa mereka semua target aku... padahal aku tak ganggu mereka langsung. aku tak kacau orang kalau orang tak kacau aku... tapi kenapa mereka mesti menghina kelemahan aku??? okeyy, maybe i sound too emo here, tapi apa kesalahan aku? apa yang telah aku lakukan untuk menyebabkan mereka mengganggu ketenangan aku? aku pun tk pasti... yang aku tahu, aku sudah lama menahan perasaan. my bottled up feelings. kenapa???!!! dah lama. dah lama aku bersabar... tapi kesabaran aku ada hadnya. aku tak mahu rakan kelas aku memandang serong pada aku. aku harus mempertahankan maruah aku selain dari jawatan aku sebagai pengawas sekolah. tapi aku juga tahu mulut orang tak boleh senyap sebegitu saja. selama aku bertahan, aku tida menangis kerana tak mahu mereka mengejek aku kuat nangis. tapi aku juga berperasaan. siapa yang boleh tahan asyik kena ejek dan dihina orang. aku bertahan selama mungkin. tapi aku tak sangka, mereka yang melakukan kerja terkutuk itu tidak mahu mengaku. sebaliknya mereka menafikn mereka melakukan kerja itu... aku benci orang macam itu... why can't they listen to me first instead of saying about themselves. can't they see i got a problem here... i can't withstand it anymore... nae maeum i appayeo... na neun manhi juugyeoseo... nae maeum i himdeureuh. wae???!!! wae uri eomma ga... im so stupid!!!! kenapa tak nak dengar apa yang aku mahu cakap??? anak dia tengah lagi murung dia sibuk cakap pasal murid-murid dia... aku tengah fed-up sekarang. aku tengah bengang campur geram campur hancur sebati jadi satu................................................................ kepala aku pening. betul-betul pening. aku tak tahan lagi. kalaulah nenek ada lagi, bolehlah aku cerita pada dia tentang diri aku. mama macam tak ada masa untuk masalah aku. kenapa?? dia hanya mahu kami faham masalah dia. aku bukannya nak dengar dia cakap pasal murid-murid dia. aku benar-benar tak tahan lagi... rasa mahu lari dan bunuh diri pun ada... kenapa tiada sesiapa yang mahu mendengar luahan hati aku...??? aku sudah tidak mudah memparcayai orang lagi. aku sudah susah untuk percaya sesiapa..... pokok pangkalnya, aku hanya ada diri aku.... mama kakak tasha... semuanya tiada gunanya bagiku..... maaf.... aku dah tak tahan lagi menganggung keperitan hati... umurku masih panjang tapi dunia mahu kiamat... sampai saatnya aku menghembuskan nafas terakhir, aku tak akan memaafkan mereka semua. mereka yang menyakiti hati aku...sampai saatnya aku mati, takkan pernah sekalipun aku memaafkan mereka........